Assalamualaikum
Pastinya setiap gadis diluar sana pasti menginginkan bergaya dengan hijab/tudung yang dipakainya,bukan sahaja untuk dijadikan gaya semata-mata untuk mengikut trend bagi seorang wanita tetapi mestilah memakai tudung untuk memenuhi tuntutan agama.Namun bagi gadis-gadis diluar sana yang belum lagi mula bertudung,mempunyai keinginan untuk bertudung tetapi masih tidak tahu bagaimana nak mulakan untuk mengenakan hijab ni.Pertama sekali kita seharusnya membeli tudung yang sesuai dengan kita. Antara tips pemilihan tudung adalah:
1•Pastikan tudung tersebut sama saiz dan sesuai dengan bentuk muka.
2•Gunakan tudung yang mudah untuk dibentuk dan sesuai dengan apa baju sekalipun.
3•Jika korang meminati tudung yang berkonsepkan kontemporari,anda boleh menggunakan fabrik organza di lapisan luar.
4•Bagi mengelak daripada wajah nampak lebih tua,elakkan memilih warna yang gelap dan kusam.
5•Elakkan juga memakai tudung yang sama warna dengan baju.
6•Jika wajah yang berbentuk bulat,elakkan memakai tudung bercorak penuh.
7•Tudung yang kosong dan berwarna cerah boleh membuatkan anda kelihatan lebih ceria dan lembut.
8•Jika berkulit cerah,warna yang sesuai adalah hijau,ungu dan levender.Warna-warna ini akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih segar.
9•Untuk berkulit kuning langsat pula,jika memakai tudung berwarna lavender,merah jambu dan biru pasti membuatkan wajah lebih menyerlah dan berseri.
10•Yang berkulit sawo matang pula,warna kuning dan hijau akan membuatkan wajah kelihatan lebih cerah.
11•The last tips,jika ada yang menggunakan cekak rambut bagi menggantikan anak tudung,sebaiknya gunakan cekak yg nipis .
Sekian..^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan