Story berdasarkan pengalaman.
Sakit gigi adalah sakit kedua yg paling sakit selepas putus cinta. Hahaha xD ada-ada je.Sakit lain pun sakit juga tapi tak lah sesakit sakit gigi yang mendera fizikal dan mental ni.Aku first time sakit gigi pada umur sweet 20(tahun lepas)gara-gara makan makanan yg sweet .Hehew
Azabnya sakit ni boleh buat orang yg kuat dan mempunyai ego tinggi utk tidak menangis pun boleh keluarkan air mata.
Huhh..Hari tu sakit gigi masa semester 6 ,Waktu cuti sem tu pergi klinik kerajaan(bertemankan mak) sebab nak cabut gigi yg sakit ni ,tp doctor tu tak bagi pulak and cadang supaya buat tampalan je.Dia cakap gigi masih elok,masih boleh di rawat,sayang kalau gigi dah takde ,and bla bla bla bla..aku malas tunggu lama lama dia membebel so aku iya kan je asalkan gigi tak sakit dan dapat makan dengan sempurna.
After 3 months ,gigi masih ok lagi dan tampalan pun masih kukuh.Tapi tiba-tiba sakit lagi gigi tu.Sakit lain macam sampai headache beberapa hari ,sampai seminggu sakit dan setiap hari makan ubat sakit gigi+panadol .tp sakit tu hilang sekejap je >< Pelbagai tips aku dah buat kumur-kumur dgn air garam la gigit ketulan ais laa..dan sebagainya.
aku give up .Paksa kan diri ni pergi klinik kerajaan sekali lagi tp yg ini klinik 1malaysia pulak .Pergi sorang sorang bertemankan sepi ,tunggu nombor kena panggil pun dah 3jam lebih..adoii !
ingatkan tunggu lama ni dapat lah cabut gigi tp doctor ahmoi ni cakap" gigi ok " aku tersentak bila dia kata 'ok'.rasa dunia ku terus mendung disamping bunyi petir dan burung-burung berterbangan dari tempat persembunyian nya.
Aku sakit gigi macam nak mampus dia cakap gigi aku ok. Aku mau cabut gigi tu,dia kata gigi tu ok dan tak payah cabut.Lepas periksa tu doc tu suruh aku keluar sebab ramai lagi pesakit lain .Rasa nak nangis je dengar.Tapi aku still berkeras kat situ,pujuk doc tu supaya cabut gigi aku yg sakit tu.Dah lah berjam2 tunggu giliran dapat layanan macam tu.Dia pun macam malas nak layan memandangkan ramai lg pesakit lain ,dia suruh aku prgi luar buat Xray gigi.hmm ..buat xray pun kena tunggu lagi.
Dapat result Xray tu ,doc yg sama bagi explain tunjuk gambar Xray gigi aku yg sakit tu.And dia kata tampalan gigi yg sakit tu dah masuk dalam saraf disebabkan tampalan yg terlampau dalam.Aku rasa Doctor gigi yg aku pergi dulu memang buat kerja asal siap je.
Then suruh datang esok pula utk buat tampalan balik.
Bayangkan aku balik rumah tanpa dapat apa2 rawatan dan datang keesokannya pulak dengan mengulang cerita yg sama.Menghabiskan masa kat klinik tu sepanjang hari .waste my time .
*Sekarang ni gigi di buat tampalan sementara sbb doc tak bagi cabut..-,-
maybe ada sesetengah klinik atau hospital kerajaan yg beri servis perubatan yg terbaik dari yg saya dapat.
p/s ~ klinik swasta mahal tp servis tip top or klinik kerajaan bayar murah tp buang masa dan kena tahan sabar.
Nak pilih yg mana?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan