Jumaat, 11 Mac 2016

Jaga Hati dan Makan Hati

Tinggal beberapa minggu dah nak graduate ni macam-macam nak hadapi dgn pelbagai ragam manusia.Nasib lah sabar ni belum sampai had lagi..:(Huhu

Kembali pada tajuk yg berkaitan dengan hati ni ,iaitu Jaga hati dan makan hati(nak tambah lagi satu ,Sakit hati)XDHahaha

Umur yang hampir meninggalkan usia remaja ni dah nak sampai ke destinasi dewasa ,pada masa ni lah kita dah kenal dunia sebenar,kenal perangai buruk baik manusia. Bila dah besar ni dah matang sikit,makin kita besar banyak masalah simpan sorang-sorang kan.Lain lah kalau pada masa zaman kanak-kanak kita dulu.Masa kecik dulu kalau nak nangis,nak menangis sekuat yang boleh,nak orang bagi perhatian kat kita.

Sesiapa pun pernah kan ada kawan-kawan,sesiapa je la yg korang kenal kena ikut cakap dan jaga hati dia je.Jadi yang kita ni pula baik hati sangat takmau dia marah dan makan hati kita ikut je apa dia cakap,ikut buat keputusan dia .sebab takmau  membantah nanti salah faham dan bergaduh.Walaupun kita rasa keputusan yang kita fikir lagi betul dari dia,terpaksa lah diam kan aje. Haaa ada lagi teruk pasal 'Jaga Hati' ni ,tapi bukan jaga hati sendiri tapi jaga hati orang ok ! ok contoh situasi..
Macam ni kita ramai kawan yang kita kenal .Dalam ramai-ramai tu ada yg tak suka si A ,si C tak suka dengan si B. Jadi yg makhluk ABC ni hasut jgn kawan dengan yg itu,dengan yg ini .hahaha dilema gila. Nak jaga hati yg mana satu? Tersepit ditengah2.Kalau nak ikutkan aku lantak la nak geng dgn siapa .tapi apa boleh buat,aku hanya rakyat biasa. Hehehe .Last tu persahabatan berpecah.

Ok kalau kita nak jaga hati orang pun kena hati-hati jangan sampai makan hati dan sakit hati.

Jangan jaga hati orang je tapi hati sendiri tak terjaga. Kalau kira rasa betul,bincang elok-elok and slow talk jangan pendam nanti diri sendiri makan hati sorang-sorang. Perkara biasa dalam lumrah kehidupan ada yang suka dan tak suka dengan kita.Pelbagai manusia yang bertopeng dalam dunia ni,bila nampak kita berjaya ,70% orang sekeliling kita graduate PHD secara automatik iaitu Perasaan Hasad Dengki tu wujud .Baik macam mana pun kita pasti ada orang yang tak suka,buruk macam mana pun kita pasti ada yang menerima.

No matter what people think of you ,

Always keep smiling and walk away ..

ok(^_^)
Xoxo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan