Isnin, 28 Mac 2016

Misteri seorang pendiam

Assalamualaikum ...:)

Mood hari ni nak tulis entri pasal seseorang yang mempunyai sifat atau karakter pendiam.Ramai yang cakap orang pendiam ni pelik,misteri , ramai yang takut nak dekat dan tak ramai kawan.Sebenarnya ini adalah berdasarkan pengalaman aku dan sebenarnya aku juga digelar dengan gelaran 'pendiam' di kalangan kawan-kawan aku dari sekolah rendah ,menengah dan IPT(sekarang).Walaupun aku ramai kawan kawan ,berjalan ke hulu hilir macam berlangkas  bersama geng coursemates ,tp tetap juga aku digelar seorang yg pendiam .Entah lah pelikk ..mungkin sebenarnya aku bukan lah seorang banyak cakap ,suka menyampuk cakap orang lain dan hanya cakap yg perlu je .Kalau ada mood baru nak bercerita/bersembang dgn dorang benda yg mengarut ntah apa apa.Tapi aku bukan lah jenis yang pendiam macam hidup dengan dunia dia sendiri je.Ada masa sosial dgn kawan kawan walaupun tak berapa suka sebenarnya.

Bagi yang nak memahami atau ingin tahu dengan lebih lanjut tentang individu yang pendiam ni.Mungkin ada orang yang tak tahu dan menganggap seseoarang tu misteri dan ramai tak suka kawan dengan dia(takut boring kawan dengan dia kann)Sebenarnya mereka ni mesra dan pandai bergaul juga dengan orang tapi cuma sesetengah individu sahaja yakni yang mereka rasa selesa dan rapat.Nampak kan nak jadi 'kawan' mereka ni sangat terhad dalam friend list dorang.Jangan salah faham ,mereka ni sebenarnya tak biasa selesa kan diri dengan orang yg baru dikenali ataupun belum rapat.Tapi bila mereka ni dah rapat dengan kawan-kawan dorang nanti baru tahu dia ni sebenarnya seoarang yg friendly , kelakar dan banyak cakap.

Perkara kedua ,mereka ni adalah sahabat yang paling setia dalam perhubungan persahabatan ,Insya Allah dalam percintaan juga.hehe .Orang yg pendiam ni sebenarnya bukan jenis gunting dalam lipatan dalam persahabatan ,suka menyampaikan khabar angin yg tak betul(mengumpat sesama kawan²nya) ,suka memperlaga laga kan orang.Bila ada kawan-kawannya gosip/mengumpat orang lain dia hanya senyap je.Mungkin dia tak suka buat dosa kering cakap yg tak ada faedah ni.Think positive ! Confirm lepas dorang bergosip tu ada yg tanya 'kau kenapa diam je?'haa..lepas tu si pendiam tu senyum je dan cakap tak ada apa apa..:)

Ketiga ,ada sesetengah tempat tu bila kita nampak seseorang yg pendiam ni duduk sensorang tak bercakap ,kebanyakannya berlaku dalam kelas.Ramai yg cakap dia pelik,ramai yg tak suka dia,dia ada atau tidak pun orang tak ambil kisah.Jangan buli dia apatah lagi benci dia(selalu berlaku dalam sekolah² ni) .Kita tak tahu life dia macam mana ,kisah silam dia macam mana.Mungkin hidup dia lebih susah dari kita,mungkin dia simpan 1001 masalah yang orang lain tak tahu pun .Sebenarnya orang yang pendiam ni simpan masalah dia sorang² tak bagi tahu orang lain dan ada juga yang bagi tahu seoarang yang dia rapat je. Aku cadangkan bila jumpa seseorang macam ni jangan pulaukan dia ,cuba tegur dia,ajak jadi kawan dia .Baru kita tahu sifat dia macam mana.

Keempat ,Si pendiam ni sebenarnya ada yang tak confident dengan diri dia sendiri,anggap dirinya tak macam orang lain dan beranggapan dia tak layak nak kawan dengan orang .Yelaa mesti ada rasa dirinya low class ,tak cantik/handsome ,dan rasa apa yang dia buat tak dapat penerimaan orang lain(Mendapat kritikan).So ,jika ada individu pendiam ni bagi pendapat atau cadangan dalam perbualan personal atau perbualan yg ramai-ramai ni .please terima cadangan dia dengan terbuka dan jangan cuba untuk malukan dia apatah lagi dalam kalayak.Kalau ada sekali dia malu,confirm lepas tu dia diam terus je tak berani nak cakap(yelaa asyik orang lain je yg betul kan,bagus senyap)Lagi lah low confident.

Kelima ,orang pendiam ni bukan jenis yg cepat marah .Kalau dia ada terasa hati dengan orang dia cuma pendam dan sabar je,tak marah balik pun.Tapi jangan pulak ambil kesempatan dia juga manusia ada hati dan perasaan.

Lagi satu ,mereka yg mempunyai sifat pendiam ni dia adalah pendengar dan penyimpan rahsia yg baik .Jika seseorang bercerita atau mengadu masalah kat dia ,dia akan jaga elok masalah ataupun rahsia korang dari pengetahuan orang lain walaupun dia tak rapat dgn korang.Cuba lah cerita masalah kat kawan korang yg banyak cakap ni ,confirm esok tersebar pada orang lain. :D

*Jangan lah pula lepas ni fikir yg negatif je pada orang pendiam ni.Jangan cakap mereka ni berbahaya dari orang banyak cakap. Kita tak tahu hati manusia macam mana  kan. ;)

2 ulasan:

  1. Semua yg diterangkan di atas semuanya betul dan saya pun seorang yang pendiam juga...hmmh

    BalasPadam
  2. Sy seorang pendiam. Sehingga di universiti pun. Saya rasa kawan kawan saya x suka bercakap dengan saya.yelah sy ni jenis yg serius bukan pandai melawak.jadi sy rasa diri sy tidak ada harga di mata orang.sebenarnya saya mengalami depression.

    BalasPadam