Setiap wanita akan menghadapi masalah wajah yang berjerawat.Ada yang mengalami jerawat yang teruk sampai belakang badan pun ada jerawat,ada yang jerawat tak teruk sangat.Tetapi tak kesah lah kan teruk atau tidak masalah jerawat tersebut buat kita down sangat berhadapan dengan orang.Muka dah cantik,kulit cerah tapi jerawat penuh kat muka.euww! Kalau macam tu lebih baik dapat kulit tak cerah,hitam manis tapi kulit dia sihat dan bersih. Kulit muka aku bukan lah berjerawat teruk sangat.Sekarang dah ok berbanding yang dulu.Dulu muka naik jerawat teruk sangat,muka gatal,merah-merah disebabkan salah pakai produk.Produk tu pula beli secara online,dah lah mahal ,tak berkesan langsung.Selepas tu guna macam-macam jenis cleanser,pelembab jerawat makin teruk lagi.Sampai beberapa bulan tu tak tahan lah dengan keadaan muka ni .And my best cleanser yang pernah aku gunakan untuk hilangkan jerawat adalah Pencuci Muka Cetaphil.Harga memang mahal lah dalam RM30++ gitu,tapi beli masa promotion dapat la Rm28+.hehe .Pencuci muka Cetaphil ni tidak mempunyai sabun,kalau masa cuci tu memang tiada buih.Tapi pencuci muka ni lah yang paling dapat bersihkan muka dengan sebersih bersih nya.Nak kulit cantik punya pasal terpaksa lah beli. Aku guna dah 3 botol, jerawat dah tiada,kulit muka pun dah tak gatal² sangat.Syukur alhamduliah. Lepas tu berhenti guna sebab mahal sangat and guna pencuci muka Safi mentimun,yela asalkan muka dah tak berjerawat pun dah kira ok.
*Toner/penyegar untuk kawalan kulit berminyak dan jerawat boleh guna toner Aiken.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan