Rabu, 30 Mac 2016

Hidup Penuh Drama

Alkisah ...tersebut lah sebuah kisah...

Kisah hidup aku ni penuh sangat dengan drama seperti dalam slot akasia ,samarinda mahupun sinetron(tapi aku rasa 70percent adalah sinetron)HAHAHA
sebab apa ?sebab dalam sinetron ni ada cerita pasal yg tak kenal adik beradik dia,bercinta dgn saudara kandung ,anak tertukar ,dibenci dalam keluarga ,kena dera dan sebagainya.Orang lain pun banyak juga kisah hidup dorang ni sebenarnya tapi aku je yg over cerita sana cerita sini,macam nak di buat novel dan movie pun ada juga.Tapi biarlah ..hahaha(buat² happy ,pdahal watak utama kena sedih² dulu kannn..^_< wkakaka )Sebenarnya banyak cerita yg berlaku dalam hidup aku yg aku rasa ini adalah ketentuan-Nya.

Aku ada 7orang adik beradik(7prince and I only one Princess)dan abg2 aku boleh di kategorikan hensem hensem jugak laa..-Ini ada macam cerita dongeng yg pernah tengok dulu kalau tak silap kisah dongeng Indonesia kat tv masa cuti sekolah dulu. XD

Aku ada seorang abang ni yakni abang kandung sendiri ,dalam umur 24 tahun la(beza 3 tahun je)Walaupun dia abang aku tapi kami tak pernah tinggal bersama sebagai satu keluarga macam abang2 aku yg lain sampai sekarang ni sebab dia pun telah berkahwin dan hidup sendiri dgn wife dia(sekarang)Dulu dia tinggal dgn family angkat .Bayangkan lah walaupun kami kenal dari kecil,satu sekolah ,satu kampung ,selalu main sama2 masa kecil dulu tapi dia langsung tak tahu aku adalah adik kandung dia.Jadi perhubungan kami hanya lah sebagai 'kawan' dari kecil. Dulu mak cakap dia adalah abang aku ,iya aku tahu tp aku rasa susah nak anggap dia sebagai abang sebab hubungan kami tak mesra seperti adik beradik macam orang lain.Jadi aku janggal nak anggap dia macam abang sendiri.Actually dia pun tak tahu yg aku adik dia.Dari kecil dia selalu datang rumah sebab kawan dengan abang2 aku(padahal adik beradik jugakk)masa tu aku hanya fikir ,kesian dia tak tahu..hmm ..Dah meningkat remaja ni ,hubungan pun renggang sebab abang aku busy kerja  dan tinggal sendiri kat bandar.
Dulu masa form 4 ,nak turun dari bas dengan seorang classmate ni .Tiba-tiba dia kata"eh abang kau lah ..!" terus dia gelak masa aku tercari cari wajah siapa kah gerangannya tu .heheh .Kawan aku gurau je sebab dia nampak muka kami seiras dengan lelaki tu.Masa tu aku cakap dalam hati ,"memang abang aku pun.." Dia nampak aku dan terus tegur lah adik dia yg tak kenal ni. Huhu. Masa tu umur dia 20tahun belum kahwin.
Masa dia dah nak kahwin tu situ lah dia kenal family kandung dia yg sebenar.Aku tahu dia dah matang ,boleh terima kebenaran.Syukur sangat..:)lepas kahwin dia ada life sendiri dan tinggal jauh dari kami .Dah lah tak mesra jumpa pun setahun sekali je masa raya..hmm

Sebenarnya abang-abang aku yg lain banyak lagi life story antara aku dengan mereka yg lebih dramatik lagi.Tapi biarlah rahsia..hehe

Sekarang ni nak lebih eratkan lagi hubungan kekeluargaan terutamanya adikberadik sendiri:)Walaupun pelbagai dugaan yg melanda. luv my family<3

Isnin, 28 Mac 2016

Misteri seorang pendiam

Assalamualaikum ...:)

Mood hari ni nak tulis entri pasal seseorang yang mempunyai sifat atau karakter pendiam.Ramai yang cakap orang pendiam ni pelik,misteri , ramai yang takut nak dekat dan tak ramai kawan.Sebenarnya ini adalah berdasarkan pengalaman aku dan sebenarnya aku juga digelar dengan gelaran 'pendiam' di kalangan kawan-kawan aku dari sekolah rendah ,menengah dan IPT(sekarang).Walaupun aku ramai kawan kawan ,berjalan ke hulu hilir macam berlangkas  bersama geng coursemates ,tp tetap juga aku digelar seorang yg pendiam .Entah lah pelikk ..mungkin sebenarnya aku bukan lah seorang banyak cakap ,suka menyampuk cakap orang lain dan hanya cakap yg perlu je .Kalau ada mood baru nak bercerita/bersembang dgn dorang benda yg mengarut ntah apa apa.Tapi aku bukan lah jenis yang pendiam macam hidup dengan dunia dia sendiri je.Ada masa sosial dgn kawan kawan walaupun tak berapa suka sebenarnya.

Bagi yang nak memahami atau ingin tahu dengan lebih lanjut tentang individu yang pendiam ni.Mungkin ada orang yang tak tahu dan menganggap seseoarang tu misteri dan ramai tak suka kawan dengan dia(takut boring kawan dengan dia kann)Sebenarnya mereka ni mesra dan pandai bergaul juga dengan orang tapi cuma sesetengah individu sahaja yakni yang mereka rasa selesa dan rapat.Nampak kan nak jadi 'kawan' mereka ni sangat terhad dalam friend list dorang.Jangan salah faham ,mereka ni sebenarnya tak biasa selesa kan diri dengan orang yg baru dikenali ataupun belum rapat.Tapi bila mereka ni dah rapat dengan kawan-kawan dorang nanti baru tahu dia ni sebenarnya seoarang yg friendly , kelakar dan banyak cakap.

Perkara kedua ,mereka ni adalah sahabat yang paling setia dalam perhubungan persahabatan ,Insya Allah dalam percintaan juga.hehe .Orang yg pendiam ni sebenarnya bukan jenis gunting dalam lipatan dalam persahabatan ,suka menyampaikan khabar angin yg tak betul(mengumpat sesama kawan²nya) ,suka memperlaga laga kan orang.Bila ada kawan-kawannya gosip/mengumpat orang lain dia hanya senyap je.Mungkin dia tak suka buat dosa kering cakap yg tak ada faedah ni.Think positive ! Confirm lepas dorang bergosip tu ada yg tanya 'kau kenapa diam je?'haa..lepas tu si pendiam tu senyum je dan cakap tak ada apa apa..:)

Ketiga ,ada sesetengah tempat tu bila kita nampak seseorang yg pendiam ni duduk sensorang tak bercakap ,kebanyakannya berlaku dalam kelas.Ramai yg cakap dia pelik,ramai yg tak suka dia,dia ada atau tidak pun orang tak ambil kisah.Jangan buli dia apatah lagi benci dia(selalu berlaku dalam sekolah² ni) .Kita tak tahu life dia macam mana ,kisah silam dia macam mana.Mungkin hidup dia lebih susah dari kita,mungkin dia simpan 1001 masalah yang orang lain tak tahu pun .Sebenarnya orang yang pendiam ni simpan masalah dia sorang² tak bagi tahu orang lain dan ada juga yang bagi tahu seoarang yang dia rapat je. Aku cadangkan bila jumpa seseorang macam ni jangan pulaukan dia ,cuba tegur dia,ajak jadi kawan dia .Baru kita tahu sifat dia macam mana.

Keempat ,Si pendiam ni sebenarnya ada yang tak confident dengan diri dia sendiri,anggap dirinya tak macam orang lain dan beranggapan dia tak layak nak kawan dengan orang .Yelaa mesti ada rasa dirinya low class ,tak cantik/handsome ,dan rasa apa yang dia buat tak dapat penerimaan orang lain(Mendapat kritikan).So ,jika ada individu pendiam ni bagi pendapat atau cadangan dalam perbualan personal atau perbualan yg ramai-ramai ni .please terima cadangan dia dengan terbuka dan jangan cuba untuk malukan dia apatah lagi dalam kalayak.Kalau ada sekali dia malu,confirm lepas tu dia diam terus je tak berani nak cakap(yelaa asyik orang lain je yg betul kan,bagus senyap)Lagi lah low confident.

Kelima ,orang pendiam ni bukan jenis yg cepat marah .Kalau dia ada terasa hati dengan orang dia cuma pendam dan sabar je,tak marah balik pun.Tapi jangan pulak ambil kesempatan dia juga manusia ada hati dan perasaan.

Lagi satu ,mereka yg mempunyai sifat pendiam ni dia adalah pendengar dan penyimpan rahsia yg baik .Jika seseorang bercerita atau mengadu masalah kat dia ,dia akan jaga elok masalah ataupun rahsia korang dari pengetahuan orang lain walaupun dia tak rapat dgn korang.Cuba lah cerita masalah kat kawan korang yg banyak cakap ni ,confirm esok tersebar pada orang lain. :D

*Jangan lah pula lepas ni fikir yg negatif je pada orang pendiam ni.Jangan cakap mereka ni berbahaya dari orang banyak cakap. Kita tak tahu hati manusia macam mana  kan. ;)

Isnin, 21 Mac 2016

Azab Sakit Gigi dan Servis Klinik kerajaan

Story berdasarkan pengalaman.

Sakit gigi adalah sakit kedua yg paling sakit selepas putus cinta. Hahaha xD ada-ada je.Sakit lain pun sakit juga tapi tak lah sesakit sakit gigi yang mendera fizikal dan mental ni.Aku first time sakit gigi pada umur sweet 20(tahun lepas)gara-gara makan makanan  yg sweet .Hehew

Azabnya sakit ni boleh buat orang yg kuat dan mempunyai ego tinggi utk tidak menangis pun boleh keluarkan air mata.
Huhh..Hari tu sakit gigi masa semester 6 ,Waktu cuti sem tu pergi klinik kerajaan(bertemankan mak) sebab nak cabut gigi yg sakit ni ,tp doctor tu tak bagi pulak and cadang supaya buat tampalan je.Dia cakap gigi masih elok,masih boleh di rawat,sayang kalau gigi dah takde ,and bla bla bla bla..aku malas tunggu lama lama dia membebel so aku iya kan je asalkan gigi tak sakit dan dapat makan dengan sempurna.

After 3 months ,gigi masih ok lagi dan tampalan pun masih kukuh.Tapi tiba-tiba sakit lagi gigi tu.Sakit lain macam sampai headache beberapa hari ,sampai seminggu sakit dan setiap hari makan ubat sakit gigi+panadol .tp sakit tu hilang sekejap je >< Pelbagai tips aku dah buat kumur-kumur dgn air garam la gigit ketulan ais laa..dan sebagainya.
aku give up .Paksa kan diri ni pergi klinik kerajaan sekali lagi tp yg ini klinik 1malaysia pulak .Pergi sorang sorang bertemankan sepi ,tunggu nombor kena panggil pun dah 3jam lebih..adoii !
ingatkan tunggu lama ni dapat lah cabut gigi tp doctor ahmoi ni cakap" gigi ok " aku tersentak bila dia kata 'ok'.rasa dunia ku terus mendung disamping bunyi petir dan burung-burung berterbangan dari tempat persembunyian nya.
Aku sakit gigi macam nak mampus dia cakap gigi aku ok. Aku mau cabut gigi tu,dia kata gigi tu ok dan tak payah cabut.Lepas periksa tu doc tu suruh aku keluar sebab ramai lagi pesakit lain .Rasa nak nangis je dengar.Tapi aku still berkeras kat situ,pujuk doc tu supaya cabut gigi aku yg sakit tu.Dah lah berjam2 tunggu giliran dapat layanan macam tu.Dia pun macam malas nak layan memandangkan ramai lg pesakit lain ,dia suruh aku prgi luar buat Xray gigi.hmm ..buat xray pun kena tunggu lagi.

Dapat result Xray tu ,doc yg sama bagi explain tunjuk gambar Xray gigi aku yg sakit tu.And dia kata tampalan gigi yg sakit tu dah masuk dalam  saraf disebabkan tampalan yg terlampau dalam.Aku rasa Doctor gigi yg aku pergi dulu memang buat kerja asal siap je.
Then suruh datang esok pula utk buat tampalan balik.
Bayangkan aku balik rumah tanpa dapat apa2 rawatan dan datang keesokannya pulak dengan mengulang cerita yg sama.Menghabiskan masa kat klinik tu sepanjang hari .waste my time .

*Sekarang ni gigi di buat tampalan sementara sbb doc tak bagi cabut..-,-
maybe ada sesetengah klinik atau hospital kerajaan yg beri servis perubatan yg terbaik dari yg saya dapat.

p/s ~ klinik swasta mahal tp servis tip top or klinik kerajaan bayar murah tp buang masa dan kena tahan sabar.
Nak pilih yg mana?

Jumaat, 11 Mac 2016

Jaga Hati dan Makan Hati

Tinggal beberapa minggu dah nak graduate ni macam-macam nak hadapi dgn pelbagai ragam manusia.Nasib lah sabar ni belum sampai had lagi..:(Huhu

Kembali pada tajuk yg berkaitan dengan hati ni ,iaitu Jaga hati dan makan hati(nak tambah lagi satu ,Sakit hati)XDHahaha

Umur yang hampir meninggalkan usia remaja ni dah nak sampai ke destinasi dewasa ,pada masa ni lah kita dah kenal dunia sebenar,kenal perangai buruk baik manusia. Bila dah besar ni dah matang sikit,makin kita besar banyak masalah simpan sorang-sorang kan.Lain lah kalau pada masa zaman kanak-kanak kita dulu.Masa kecik dulu kalau nak nangis,nak menangis sekuat yang boleh,nak orang bagi perhatian kat kita.

Sesiapa pun pernah kan ada kawan-kawan,sesiapa je la yg korang kenal kena ikut cakap dan jaga hati dia je.Jadi yang kita ni pula baik hati sangat takmau dia marah dan makan hati kita ikut je apa dia cakap,ikut buat keputusan dia .sebab takmau  membantah nanti salah faham dan bergaduh.Walaupun kita rasa keputusan yang kita fikir lagi betul dari dia,terpaksa lah diam kan aje. Haaa ada lagi teruk pasal 'Jaga Hati' ni ,tapi bukan jaga hati sendiri tapi jaga hati orang ok ! ok contoh situasi..
Macam ni kita ramai kawan yang kita kenal .Dalam ramai-ramai tu ada yg tak suka si A ,si C tak suka dengan si B. Jadi yg makhluk ABC ni hasut jgn kawan dengan yg itu,dengan yg ini .hahaha dilema gila. Nak jaga hati yg mana satu? Tersepit ditengah2.Kalau nak ikutkan aku lantak la nak geng dgn siapa .tapi apa boleh buat,aku hanya rakyat biasa. Hehehe .Last tu persahabatan berpecah.

Ok kalau kita nak jaga hati orang pun kena hati-hati jangan sampai makan hati dan sakit hati.

Jangan jaga hati orang je tapi hati sendiri tak terjaga. Kalau kira rasa betul,bincang elok-elok and slow talk jangan pendam nanti diri sendiri makan hati sorang-sorang. Perkara biasa dalam lumrah kehidupan ada yang suka dan tak suka dengan kita.Pelbagai manusia yang bertopeng dalam dunia ni,bila nampak kita berjaya ,70% orang sekeliling kita graduate PHD secara automatik iaitu Perasaan Hasad Dengki tu wujud .Baik macam mana pun kita pasti ada orang yang tak suka,buruk macam mana pun kita pasti ada yang menerima.

No matter what people think of you ,

Always keep smiling and walk away ..

ok(^_^)
Xoxo

Isnin, 7 Mac 2016

Tips memilih tudung

Assalamualaikum

Pastinya setiap gadis diluar sana pasti menginginkan bergaya dengan hijab/tudung yang dipakainya,bukan sahaja untuk dijadikan gaya semata-mata untuk mengikut trend bagi seorang wanita tetapi mestilah memakai tudung untuk memenuhi tuntutan agama.Namun bagi gadis-gadis diluar sana yang belum lagi mula bertudung,mempunyai keinginan untuk bertudung tetapi masih tidak tahu bagaimana nak mulakan untuk mengenakan hijab ni.Pertama sekali kita seharusnya membeli tudung yang sesuai dengan kita. Antara tips pemilihan tudung adalah:

1•Pastikan tudung tersebut sama saiz dan sesuai dengan bentuk muka.

2•Gunakan tudung yang mudah untuk dibentuk dan sesuai dengan apa baju sekalipun.

3•Jika korang meminati tudung yang berkonsepkan kontemporari,anda boleh menggunakan fabrik organza di lapisan luar.

4•Bagi mengelak daripada wajah nampak lebih tua,elakkan memilih warna yang gelap dan kusam.

5•Elakkan juga memakai tudung yang sama warna dengan baju.

6•Jika wajah yang berbentuk bulat,elakkan memakai tudung bercorak penuh.

7•Tudung yang kosong dan berwarna cerah boleh membuatkan anda kelihatan lebih ceria dan lembut.

8•Jika berkulit cerah,warna yang sesuai adalah hijau,ungu dan levender.Warna-warna ini akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih segar.

9•Untuk berkulit kuning langsat pula,jika memakai tudung berwarna lavender,merah jambu dan biru pasti membuatkan wajah lebih menyerlah dan berseri.

10•Yang berkulit sawo matang pula,warna kuning dan hijau akan membuatkan wajah kelihatan lebih cerah.

11•The last tips,jika ada yang menggunakan cekak rambut bagi menggantikan anak tudung,sebaiknya gunakan cekak yg nipis .

Sekian..^_^



Selasa, 1 Mac 2016

Masalah jerawat dan pencuci muka Cetaphil

Setiap wanita akan menghadapi masalah wajah yang berjerawat.Ada yang mengalami jerawat yang teruk sampai belakang badan pun ada jerawat,ada yang jerawat tak teruk sangat.Tetapi tak kesah lah kan teruk atau tidak masalah jerawat tersebut buat kita down sangat berhadapan dengan orang.Muka dah cantik,kulit cerah tapi jerawat penuh kat muka.euww! Kalau macam tu lebih baik dapat kulit tak cerah,hitam manis tapi kulit dia sihat dan bersih. Kulit muka aku bukan lah berjerawat teruk sangat.Sekarang dah ok berbanding yang dulu.Dulu muka naik jerawat teruk sangat,muka gatal,merah-merah disebabkan salah pakai produk.Produk tu pula beli secara online,dah lah mahal ,tak berkesan langsung.Selepas tu guna macam-macam jenis cleanser,pelembab jerawat makin teruk lagi.Sampai beberapa bulan tu tak tahan lah dengan keadaan muka ni .And my best cleanser yang pernah aku gunakan untuk hilangkan jerawat adalah Pencuci Muka Cetaphil.Harga memang mahal lah dalam RM30++ gitu,tapi beli masa promotion dapat la Rm28+.hehe .Pencuci muka Cetaphil ni tidak mempunyai sabun,kalau masa cuci tu memang tiada buih.Tapi pencuci muka ni lah yang paling dapat bersihkan muka dengan sebersih bersih nya.Nak kulit cantik punya pasal terpaksa lah beli. Aku guna dah 3 botol, jerawat dah tiada,kulit muka pun dah tak gatal² sangat.Syukur alhamduliah. Lepas tu berhenti guna sebab mahal sangat and guna pencuci muka Safi mentimun,yela asalkan muka dah tak berjerawat pun dah kira ok.

*Toner/penyegar untuk kawalan kulit berminyak dan jerawat boleh guna toner Aiken.

Isnin, 22 Februari 2016

Status Untuk Posting Facebook

Assalamualaikum ..hai..^^,
Disini saya nak menyenaraikan status-status menarik yg boleh digunakan untuk postingan laman-laman sosial korang Fb,twitter ,weChat dll lagi.Tetapi status dalam english la yea .

Exam Status
Group Project: 1 person does all the work. Everyone takes credit :)

During last 5 minutes of examination every student gets a super natural power. ☺

I’m visiting my high school. Every half year I do the exams, and then this year I’m going to graduate.

Why study for exams? Are they not about what you know, not about how much you can cram into your head the night before?

80% of the final exam will be based on the one lecture you missed and the one book you didn’t read.

Best status
Being single is not a big deal b’coz sooner or later you will find your true love.

Keep smiling, b’coz life is a beautiful thing and there’s so much to smile about.

Sometimes you have to forgive & forget. Forgive them for hurting and forget they even exist.

Yesterday = Experience ~ Today = Experiment ~ Tomorrow = Expectations. Use ur EXperience in your EXperiment to achieve your EXpectations.

Dont use your words to describe the situation. Use your words to change the situation.

Birthday status

May this day be the beginning of another beautiful year for you. May there be pleasant surprises, loads of joy and infinite happiness. Wish you a very happy birthday.

Thinking of you on your birthday and wishing you everything that brings happiness today and tomorrow. Happy birthday

Happy Birthday to one of the few people whose birthday I can remember without a Facebook reminder.

May God shower his choicest blessings on you. wishing you happiness, good health and a great year ahead.

On your birthday lots of people are thinking of you. I just wanted to let you know that I am one of them..

Love Status
If you love someone you would be willing to give up everything for them, but if they loved you back they.

It’s not love that hurts, it’s the person providing it! You must figure out who is worth the pain? Because only in a fairy tales love is perfect without conflict.

I trust you with anything, you know everything about me, we have been through so much, you are closer to me than anyone else, I love you! Please don’t hate me.

A great relationship is about two main things. First, find out the similarities. Second, respect the differences.

I saw you, I wanted you, I got you, I liked you, I loved you, I lost you, I miss you.

Girl: "Why are you always following me?" Boy: "When I was younger, my mother always told me follow my dreams."

Woman status
As soon as your ex sees you smiling, that’s the minute they want you back.

If a girl replies `k`, you did something to piss her off.

If she’s jealous, she cares.

Guys: When you get in a fight with her and she starts crying, just stop and hold her.

Be proud of who you are. Don’t try to change yourself for others. Boys and friends will come and go, just focus on you and your future.

"We should take a break." = "I want to date other people, but I don’t want you to realize it yet."

No I haven’t met Mr. Right yet, but I have met Mr. Fake, Mr. Rude & Mr. Player.

Ahad, 21 Februari 2016

Cara Mudah Belajar Untuk Exam

Alhamdulilah ...syukur kehadrat Ilahi...
Dah masuk tahun ketiga dah study dan yang paling penting dah masuk semester akhir..hihihi .tak sabarr..^_^
Actually ,tak sabar nak habiskan study,tak sabar nak jumpa family yang jauh dan dah lama terpisah ni. Hahaha
Miss my parents so much ..T.T
Pada semester akhir ni busy sangat dgn assignment yg memigrain kan kepala,test² dan final exam ni .huhu

Ok sy ada tips Cara Study utk Exam dgn cara yg mudah.Study smart not study hard(cara saya)hehe .Gunakan study Smart ni utk last minute punya study .hahaha. Tapi last minute punya study ni adalah di sebabkan beberapa faktor seperti kekangan masa,bukannya rajin sangat buat ulangkaji tiap hari kan><Dah la banyak benda nak fikir ,dgn quiz,test, assignment lagi dan ada pulak sesetengah student ni terpaksa buat kerja part-time sebab nak cari duit lebih(Disebabkan jauh dari makbapa kena berdikari). Semua student pernah mengalaminya,masa nak dekat final exam  kurang dari sebulan ,di situ lah para lecturer suruh siapkan assignment  .serabut kepala ..@#%

Ok first sebelum Exam Week tu ,fokus sesuatu topik yg pensyarah korang dah highlight kan penting dan yg akan keluar final exam nanti.Mustahil lah dorang tak bagi kan.Kalau nak study dari awal bab memang lah kena ambil masa yg lama kan. Sempat ke??
  Second,habis dah baca tu bukan sekadar baca dan hafal je,cuba faham apa permasalahan topik tersebut dan penyelesaiannya.Kalau hafal je bukan ilmu yang kita dapat nanti.Hafal untuk jawab paper exam lepas tu dah habis paper lupa pula apa yg kita belajar selama ni.Sekurang-kurangnya bila kita faham sesuatu topik tu,tengah jawab exam tu pulak kita nervous,lupa point² yg kita dah hafal,macam mana nak jawab nanti.At least kita dah faham dapat lah tulis apa yg ada kat kepala kita tu.
    Ini yang penting catatkan atau buat nota apa yg korang dah baca tu.Tapi bukan tulis nota yang panjang berjelar tu(Nanti korang boring-.-)cari isi/point penting je.Nanti dapat lah baca sambil tengok tv ke,sambil sembang² dgn kawan,sambil dating(opss).

And my last tips utk hafal teori .Tips dari penceramah kat sekolah menengah dulu.Berkesan gak la sy guna utk jwb paper Sejarah Spm dulu.
Ramai yg cakap Sejarah ni susah .Tp bila kita faham,Insya Allah,dipermudahkan. Penceramah tu ada cakap "Tulis apa yg kita baca ,baca apa yg kita tulis" memg nampak senang juga la cara hafal guna teknik ni berbanding kita baca je tp kita tak catit.

#Ingat belajar bukan untuk Exam je,tapi belajar adalah pengetahuan sepanjang hayat.^^


Hahaha ofcoz student win !

Sabtu, 20 Februari 2016

TOP 7 golongan dinaungi pada hari Akhirat

1) Pemimpin yang adil

2)Pemuda yang beribadat kepada Allah

3)Lelaki yang terpaut hatinya di masjid

4)Dua orang yang saling berkasih sayang,berkumpul dan berpisah kerana Allah

5)Lelaki yang di ajak berzina oleh perempuan rupawan dan berkedudukan tinggi ,dan menolaknya kerana takut pada Allah

6)Seorang yang bersedekah tetapi menyembunyikan sedekahnya .

7)Seorang yang mengingati Allah ditempat sunyi,lalu mengalir airmata nya.

*Mudah-mudahan kita tergolong dalam top 7 golongan yang di naungi di Akhirat kelak ..aminn^_^

Format Mini Tesis

Assalamualaikum^_^..Okay
hari ni sy nak bagi format tentang cara buat Mini Penyelidikan ataupun Mini Tesis bagi students yg first time dapat tugasan n belum tahu untuk buat mini Tesis ni.
Format² yg pertama adalah mesti ada.
..
1)Tajuk
•Tajuk yg baik haruslah Ringkas & Tepat
•Menerangkan kandungan jurnal yang tepat
•Menggunakan perkataan yg mudah difahami.

2)Penghargaan
•Menyampaikan ucapan terima kasih atau penghargaan kpd mana-mana institusi atau orang perseorangan yg membantu.

3)Abstrak
•Intisari keseluruhan projek penyelidikan atau lebih dikenali sebagai kesimpulan awal.
•Abstrak mestilah mengandungi:
√Penyataan ringkas tentang masalah
√Tujuan dan tumpuan kajian
√Bahan dan kaedah(bagaimana kajian dijalankan)
√Ringkasan  penemuan utama termasuk penting atau tidak penemuan kajian.
√Kesimpulan

Pendahuluan
1) Pengenalan
•Pengenalan penting bagi menerangkan:
√Mengapa pembaca tertarik kepada kajian tersebut?
√Mengapa penyelidik menjalankan kajian tersebut?
√Latar  belakang kepada pembaca untuk memahami dan menilai rencana itu.

2)Latar belakang masalah
•Membincangkan situasi atau punca timbulnya masalah yg dikaji.

3)Objektif Kajian
•Menjelaskan halatuju kajian dan perkara² yg diharapkan akan dicapai di akhir kajian nanti.

4)Hipotesis Kajian
•Penyataan sementara tntg hubungan antara unsur² yg dikaji atau tentang cara penyelesaian bagi sesuatu masalah.

5)Kepentingan Kajian
•Menjelaskan kepentingan dan sumbangan kajian yg akan dilaksanakan terhadap sesuatu bidang yg dikaji.

6)Definisi Tajuk
•Menjelaskan konsep² utama yg terdapat pada tajuk yg dicadangkan.

7)Skop Kajian
•Batasan kajian yg dijalankan.

8)Sorotan kajian
•Menjelaskan kerangka teori yg akan menjadi asas bagi menyelesaikan/menghuraikan masalah yg akan dikaji.

9)Metodologi Kajian
•Kaedah pengumpulan data:memberi penjelasan dan meyakinkan tentang kaedah² yg akan digunakan.

10)Analisis dan hasil kajian
•Hasil kajian sama ada positif/negatif.

11) Kesimpulan

12)Bibliografi
senarai rujukan yg telah digunakan utk menyediakan cadangan kajian(buku,rencana,akhbar,sumber internet)

13)Lampiran-sediakan beberapa lampiran yang berkaitan dengan topik penyelidikan.

Semoga bermanfaat;(^_<)